Masjid ini mempunyai dua menara dan satu kubah.Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Masjid ini mempunyai 2 aras ruang solat.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa dan diperbuat daripada batu marmar.Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci Al-quran. Bentuk masjid ini adalah segiempat.Struktur masjid ini menggunakan simen secara keseluruhannya.
KEMUDAHAN
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 20 buah kenderaan dalam satu masa.Masjid ini mempunyai bilik imam/bilal,pejabat,dewan dan juga van jenazah.