MASJID D`RAJA LONG YUNUS, LANGGAR

DAERAH KOTA BAHARU, 15200 KOTA BHARU, KELANTAN.
KELANTAN
0302092
30/11/-0001

SEJARAH

Bermula dengan sebuah madrasah kayu yang kemudiannya diubahsuai dengan batu serta di tambah ruang. Dan tahun 1995 menjadi sebuah masjid. Masjid yang terletak di Mukim Langgar, Kota Bharu ini didirikan pada bulan Sya’ban 1291 Hijri bersamaan 1871 Masihi. Ia dibina ketika pemerintahan Sultan Long Senik Mulut Merah (Sultan Muhammad II). Masjid ini menampilkan gaya reka bentuk tradisi seperti reka bentuk Istana Balai Besar dan Istana Seri Akar yang dibina semasa pemerintahan baginda sultan.

BINAAN

Masjid Langgar menggunakan tiga lapis bumbung yang dikenali sebagai bumbung bertenggek atau digelar bumbung adik-beradik. Bumbung begini biasanya diguna pakai pada istana-istana pada zaman pemerintahan kesultanan Melayu dan juga rumah pembesar-pembesar negeri. Pada hujung bumbung di muka tebar layar dipasang kayu yang dipanggil pemeleh yang berbentuk huruf V terbalik. Kayu pemeleh ini turut dikenali sebagai silang gunting. Masjid ini telah diperbesarkan di bahagian serambinya meliputi keluasan kira-kira 29 meter dan lebarnya 24 meter tanpa mengubah rupa bentuk asalnya. Tapak asal masjid berukuran kira-kira 24 meter panjang dan 7 meter lebar. Struktur bangunannya menggunakan 32 tiang utama, iaitu 16 batang tiang panjang dan 16 tiang serambi. Tiangnya adalah daripada kayu cengal.

KEMUDAHAN

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 5 buah kenderaan dalam satu masa.

PETA