Masjid ini telah dibina pada awal 80an setelah surau lama dihentikan sembahyang jumaat dan berpindah ke masjid ini. Masjid ini kerap dikunjungi oleh Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.
BINAAN
Rekabentuk masjid ini adalah bercorakkan melayu lama dan mengekalkan kayu dan simen sebagai bahan binaan utamanya. Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa dan diperbuat daripada batu marmar.Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci Al-quran.Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat.Struktur masjid ini menggunakan simen sacara keseluruhannya.
KEMUDAHAN
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 20 buah kenderaan dalam satu masa.yangb berada di luar masjid.