MASJID MUKIM SOKOR

DAERAH KETEREH, 16450 KOTA BHARU, KELANTAN.
KELANTAN
0302071
30/11/-0001

SEJARAH

DIGABUNGKAN DARIPADA 5 MUKIM IAITU PANGKAL KALONG, KOK LANAS, DENDANG, BATU TINGGI DAN SOKOR.KETIKA ITU SEMUANYA AKAN MENUNAIKAN SEMBAHYANG DI SURAU SOKOR (JUMAAT).SELEPAS ITU MAIK TELAH MEMECAHKAN KEPADA MUKIM MASING-MASING BARULAH DINAIK TARAF SEKARANG MENJADI MASJID.

BINAAN

Masjid ini mempunyai satu menara dan satu kubah.Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Masjid ini mempunyai 2 aras ruang solat.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu maenampung kapasiti para jemaah ynag ramai pada satu masa dan diperbuat daripada batu marmar.Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci Al-quran.Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat.Struktur masjid ini menggunakan simen secara keseluruhannya.

KEMUDAHAN

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 20 buah kenderaan dalam satu masa.Masjid ini mempunyai bilik imam/bilal,pejabat,dewan dan juga van jenazah.

PETA