MASJID INI ASALNYA ADALAH BANGUNAN KAYU HASIL DARI DERMA ORANG RAMAI.HASIL PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI PADA MASA ITU TAHUN 1980.
BINAAN
Masjid ini mempunyai satu menara berkubah.Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Masjid ini mempunyai 2 aras ruang solat.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa dan diperbuat daripada batu marmar.Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci Al-quran.Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat.Struktur masjid ini menggunakan simen sacara keseluruhannya. Dinding masjid ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dimana terdapat lubang`sisip angin’ di bahagian dinding belakang ruang solat. yang dapat melancarkan ruang perudaraan masjid ini.Malah dinding masjid inidireka menyerupai bentuk kubah.Manakala lantai ruang solat utama menggunakan kayu.
KEMUDAHAN
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 15 buah kenderaan dalam satu masa.Di samping itu,terdapat pejabat dan bilik imam.