MASJID MULA DIBINA PADA TAHUN 1964 DARI BANGUNAN KAYU.
BINAAN
Binaan masjid ini terdapat satu menara berkubah yang mempunyai kubah di tengahnya.Di bahagian dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang digunakan sebagai tempat solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan dan tulisan ayat-ayat suci al-Quran di bahagian dalam masjid ini.Struktur masjid ini berbentuk segiempat.
KEMUDAHAN
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 20 buah kenderaan dalam satu masa.