MASJID MUKIM KUALA KANDIS

DAERAH TELONG, 16300 BACHOK, KELANTAN.
KELANTAN
0301041
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid ini dibina atas tanah yang telah diwakafkan. Tanah yang diwakafkan oleh Hajah Som dibina sebuah masjid untuk keperluan penduduk. Pengasas masjid ini ialah Allahyarham Haji Meme.

BINAAN

Binaan masjid ini terdiri daripada batu bata serta dinding masjid yang telah dicat bagi melindungi dinding masjid daripada kerosakkan. Masjid ini berbentuk segiempat dan mempunyai mihrab serta dilengkapi lantai yang diperbuat dari simen. Selain itu, masjid mempunyai satu menara tanpa kubah dan pada dinding masjid terdapat sisip angin. Masjid ini mempunyai ruang solat bertiang dan mempunyai bumbung segi tiga rata.

KEMUDAHAN

Masjid menyediakan kemudahan tandas serta tempat berwuduk lelaki dan perempuan yang berasingan untuk kemudahan pengunjung masjid. Masjid mempunyai ruang parking yang berbumbung untuk meletakkan motor. Masjid juga dilengkapi keranda dan mempunyai tempat untuk memandikan mayat. Terdapat kolah di kawasan masjid dan mempunyai stor untuk menyimpan barang barang milik masjid.

PETA