MASJID MUKIM BADAK MELAWI

DAERAH REPEK, 16300 BACHOK, KELANTAN.
KELANTAN
0301039
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid ini pada asalnya adalah sebuah surau yang dibina diatas tanah yang telah diwakafkan dan kemudian ia dinaiktaraf menjadi sebuah masjid pada tahun 1977. Penambahan tapak masjid diwakafkan oleh Datin Hjh. Siti Wardiah bt. Hj. Ishak. Pada tanggal 18 April 1982 masjid ini telah sempurna dirasmikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu.

BINAAN

Binaan masjid terdiri daripada batu bata serta dinding masjid yang telah dicat bagi melindungi dinding masjid daripada kerosakan atau kerapuhan. Masjid ini berbentuk segiempat dan mempunyai mihrab serta dilengkapi lantai yang diperbuat dari simen dan dialas karpet. Selain itu, masjid ini memiliki satu menara berkubah. Di dinding masjid terukir seni khat ayat-ayat Al-quran dan dalam ruang solat pula dilengkapi dengan penghawa dingin.

KEMUDAHAN

Masjid ini menyediakan kemudahan tandas serta tempat berwuduk lelaki dan perempuan yang berasingan untuk kemudahan pengunjung masjid. Masjid juga mempunyai parkir motosikal yang berbumbung. Masjid juga dilengkapi dapur untuk memasak ketika adanya juadah atau makan-makan di masjid. Di sini juga terdapat beduk dan wakaf yang dilengkapi dengan bangku simen.

PETA