MASJID MUKIM TANJUNG JERING

DAERAH TANJUNG PAUH, 16300 BACHOK, KELANTAN.
KELANTAN
0301038
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid ini dibina pada tahun 2007 dan siap pada tahun 2008. Pengasas masjid ialah Tok Imam Jusuh dan tanah asal masjid ini ialah dikhaskan untuk membuat masjid. Tanah ini dibeli oleh kerajaan daripada penduduk di mukim Tanjung Jering.

BINAAN

Binaan masjid ini mempunyai 2 tingkat dan mempunyai mihrab serta dibina menggunakan batu sepenuhnya.Masjid ini berbentuk segi empat dan terdapat satu menara yang dilengkapi 2 kubah untuk meletakkan pembesar suara. Pada dinding terukir ayat ayat suci Al-quran bagi mencantikkan ruang dalam masjid.

KEMUDAHAN

Masjid ini menyediakan kemudahan tandas serta tempat berwuduk lelaki dan perempuan untuk kemudahan pengunjung masjid.Selain itu, masjid ini mempunyai keranda serta tempat mandi mayat supaya pengurusan jenazah dapat dilakukan. Masjid ini juga mempunyai tempat parking yang berbumbung untuk meletakkan kenderaan dan parking yang lebih luas tanpa bumbung di belakang masjid.

PETA