Binaan masjid terdiri daripada batu bata serta dinding masjid yang telah dicat bagi melindungi dinding masjid daripada kerosakkan atau kerapuhan. Masjid ini berbentuk segiempat dan mempunyai mihrab serta dilengkapi lantai yang diperbuat dari simen. Selain itu, masjid mempunyai 2 menara dan 1 kubah dan ia merupakan masjid yang mempunyai tiang di ruang solat.
KEMUDAHAN
Masjid ini menyediakan kemudahan tandas serta tempat wuduk lelaki dan perempuan yang berasingan untuk kemudahan pengunjung masjid. Masjid mempunyai ruang parking yang berbumbung untuk meletakkan kenderaan dan kolah di bahagian belakang masjid. Di belakang masjid juga terdapat kolah.