Binaan masjid terdiri daripada dua tingkat dan binaan daripada batu. Dinding masjid ini telah dicat bagi melindungi bengunan masjid daripada kerosakkan akibat cuaca dan sebagainya. Masjid ini berbentuk segiempat dan mempunyai mihrab serta dilengkapi lantai yang bersimen. Masjid ini mempunyai satu menara berkubah dan bumbung yang rata.
KEMUDAHAN
Masjid ini menyediakan kemudahan tandas serta tempat berwuduk lelaki dan perempuan yang berasingan untuk kemudahan pengunjung masjid. Masjid juga mempunyai parkir yang berbumbung untuk meletakkan kenderaan dan ruang solat tambahan di luar. Masjid ini juga mempunyai tempat mandi jenazah dan keranda serta van jenazah bagi menguruskan jenazah dengan lebih mudah. Masjid ini juga mempunyai ruang solat tambahan dan wakaf yang dibina untuk keselesaan pengunjung masjid.