Masjid ini dibina telah pada tahun 1977 dimana pada dahulu ia adalah sebuah surau.Masjid ini dibina diatas tanah yang telah diwakafkan. Pengasas masjid ini ialah Cikgu Abd. Rasyid
BINAAN
Binaan masjid terdiri daripada batu bata serta dinding masjid yang telah dicat bagi melindungi dinding masjid daripada kerosakkan atau kerapuhan. Masjid ini berbentuk segiempat dan mempunyai mihrab serta dilengkapi lantai yang diperbuat dari simen dan dialas karpet. Selain itu, masjid ini memiliki satu menara dan 2 kubah. Di dinding masjid ini mempunyai sisip angin.
KEMUDAHAN
Masjid menyediakan kemudahan tandas serta tempat berwuduk lelaki dan perempuan untuk kemudahan pengunjung masjid.Selain itu, masjid ini mempunyai keranda serta tempat mandi mayat supaya pengurusan jenazah dapat dilakukan. Masjid juga mempunyai parking yang berbumbung untuk meletakkan kenderaan. Masjid ini juga mempunyai stor.