Binaan masjid ini terdiri daripada batu bata serta dinding masjid yang telah dicat bagi melindungi bangunan masjid daripada kerosakkan akibat cuaca dan sebagainya. Masjid ini berbentuk segiempat dan mempunyai mihrab serta dilengkapi lantai yang diperbuat dari simen. Selain itu, masjid mempunyai satu menara berkubah dan bumbung yang rata..
KEMUDAHAN
Masjid ini menyediakan kemudahan tandas serta tempat berwuduk lelaki dan perempuan yang berasingan untuk kemudahan pengunjung masjid. Masjid ini juga mempunyai parking yang berbumbung untuk meletakkan kenderaan. Masjid juga dilengkapi dengan ruang solat tambahan dan mempunyai bangku simen. Di belakang masjid ini juga terdapat stor yang menyimpan perkakasan hak milik masjid dan di kawasan masjid terdapat bangku simen sebagai tempat rehat masjid.