MASJID MUKIM ALOR BAKAT

DAERAH MAHLIGAI, 16400 BACHOK, KELANTAN.
KELANTAN
0301016
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid ini pada asalnya adalah sebuah surau yang dibina pada tahun 1957. Kemudian masjid telah dinaiktarafkan menjadi sebuah masjid dan siap pada tahun 1967. Masjid dibina diatas tanah yang telah diwakafkan. Pengasas masjid ini ialah Allahyarham Hj. Abdullah.

BINAAN

Binaan masjid terdiri daripada batu bata serta dinding masjid yang bercermin. Masjid ini berbentuk segiempat dan mempunyai mihrab serta dilengkapi lantai yang diperbuat dari simen. Selain itu, masjid mempunyai satu menara berkubah dan bumbung yang rata.

KEMUDAHAN

Masjid menyediakan kemudahan tandas serta tempat berwuduk lelaki dan perempuan yang berasingan untuk kemudahan pengunjung masjid. Masjid ini juga mempunyai tempat parking motosikal yang berbumbung. Masjid juga dilengkapi keranda dan mempunyai beduk. Di belakang masjid terdapat kolah yang diguna oleh penduduk untuk mengambil wuduk.

PETA





61115


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan