Binaan masjid ini terdiri daripada batu bata serta dinding masjid yang telah dicat bagi melindungi bangunan masjid daripada kerosakkan akibat cuaca dan sebagainya. Masjid ini berbentuk segiempat dan mempunyai mihrab serta dilengkapi lantai yang diperbuat dari simen. Selain itu, masjid ini mempunyai satu menara berkubah yang dilengkapi sistem pembesar suara yang canggih. Dinding dalam masjid pula dilengkapi dengan sisip angin supaya suhu dalam masjid sentiasa rendah.
KEMUDAHAN
Masjid menyediakan kemudahan tandas serta tempat berwuduk lelaki dan perempuan yang berasingan untuk kemudahan pengunjung masjid. Masjid ini juga mempunyai tempat parking yang berbumbung untuk meletakkan kenderaan.