Masjid ini dibina diatas tanah yang telah diwakafkan dan pada sebelumnya ia merupakan sebuah surau. Kemudian ia telah dinaiktaraf menjadi sebuah masjid dan dapat menampung lebih ramai jemaah solat.
BINAAN
Binaan masjid ini mempunyai mihrab serta dibina menggunakan batu dan separuh bahagian masjid lagi dibina dari kayu.Masjid berbentuk segi empat dan terdapat satu menara yang dilengkapi satu kubah untuk meletakkan pembesar suara. Masjid ini mempunyai bumbung yang rata dan merupakan masjid yang lama.
KEMUDAHAN
Masjid ini menyediakan kemudahan tandas serta tempat berwuduk lelaki dan perempuan untuk kemudahan pengunjung masjid.Selain itu, masjid ini mempunyai keranda serta tempat mandi mayat supaya pengurusan jenazah dapat dilakukan. Masjid juga mempunyai parking untuk meletakkan kenderaan dan mempunyai kolah di belakang masjid.