Masjid ini dibina telah pada tahun 1973. Masjid ini dibina diatas tanah yang telah diwakafkan. Pengasas masjid ini ialah Allahyarham Hj Hassan.
BINAAN
Binaan masjid ini terdiri daripada batu bata serta dinding masjid yang telah dicat bagi melindungi dinding masjid daripada kerosakkan atau kerapuhan. Masjid ini berbentuk segiempat dan mempunyai mihrab serta dilengkapi lantai yang diperbuat dari simen dan dialas karpet. Selain itu, masjid ini memiliki satu menara berkubah. Di dinding masjid ini terukir seni khat ayat-ayat Al-quran dan mempunyai sisip angin pada dindingnya.
KEMUDAHAN
Masjid menyediakan kemudahan tandas serta tempat berwuduk lelaki dan perempuan untuk kemudahan pengunjung masjid.Selain itu, masjid ini mempunyai keranda serta tempat mandi mayat supaya pengurusan jenazah dapat dilakukan. Masjid juga mempunyai parking yang berbumbung untuk meletakkan kenderaan.