Binaan masjid terdiri daripada batu bata serta dinding masjid yang telah dicat bagi melindungi bengunan masjid daripada kerosakkan akibat cuaca dan sebagainya. Masjid ini berbentuk segiempat dan mempunyai mihrab serta dilengkapi lantai yang diperbuat dari simen. Selain itu, masjid ini mempunyai satu menara berkubah dan bumbung yang rata. Dinding dalam masjid mempunyai sisip angin dan masjid mempunyai ruang solat bertiang.
KEMUDAHAN
Masjid ini menyediakan kemudahan tandas serta tempat berwuduk lelaki dan perempuan yang berasingan untuk kemudahan pengunjung masjid. Masjid juga mempunyai parkir yang berbumbung untuk meletakkan kenderaan. Masjid juga dilengkapi dengan ruang solat tambahan dan mempunyai bangku simen. Di masjid juga terdapat tempat mandi mayat dan masjid menyediakan keranda untuk menguruskan jenazah dan di kawasan masjid terdapat bangku simen sebagai tempat rehat masjid.