Masjid ini pada asalnya adalah sebuah surau yang dibina daripada kayu pada tahun 1978. Ianya telah didirikan diatas sebidang tanah yang diwakafkan oleh penduduk tempatan. Bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin bertambah, surau tersebut telah diubahsuai menjadi sebuah masjid dan telah siap sepenuhnya pada 12 Februari 2012.
BINAAN
Binaan masjid terdiri daripada batu bata serta dinding masjid yang telah dicat bagi melindungi dinding masjid daripada kerosakkan atau kerapuhan. Masjid ini berbentuk segiempat dan mempunyai mihrab serta dilengkapi lantai yang diperbuat dari simen dan dialas permaidani. Selain itu, masjid ini memiliki satu menara berkubah. Di dinding masjid ini mempunyai sisip angin.
KEMUDAHAN
Masjid menyediakan kemudahan tandas serta tempat berwuduk lelaki dan perempuan untuk kemudahan pengunjung masjid.Selain itu, masjid ini mempunyai keranda serta tempat mandi mayat supaya pengurusan jenazah dapat dilakukan. Masjid juga mempunyai parking yang berbumbung untuk meletakkan kenderaan.