Sebelum diwujudkan kariah baru, semua penduduk Kampung Kepala Parit dipecahkan kepada dua kariah iaitu Kariah Masjid Kampung Benua dan Kariah Masjid Pekan Tokai.
Kedudukan kedua-dua kariah ini adalah terlalu jauh bagi penduduk kampung ini yang serba kekurangan untuk bergerak pada masa itu.
Penduduk kampung telah meminta kerjasama dan jasa baik Tuan Syeikh Talib bin Hj. Hussain, seorang Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah untuk memohon kelulusan memecahkan kariah. Kariah baru telah diwujudkan pada 18.11.1991 dengan persempadanan kariah telah dikenalpasti.
Selepas itu, anak-anak kariah telah dibenarkan bersembahyang Jumaat dan lain-lain aktiviti di sebuah surau yang sedia ada dan diperbesarkan.
Pembinaan masjid baru telah dimulakan pada tahun 1994 dan siap sepenuhnya pada tahun 1996 dengan kos pembinaan sebanyak RM800,000.00.
Pegawai-pegawai masjid yang dilantik buat kali pertama kalinya :
Imam : Tuan Syeikh Talib Bin Haji Hussain
Bilal : Hj Othman Bin Bakar & Hj Zainol Bin Lazim
Siak : Hj Long Bin Ibrahim & Hj Hasan Bin Jamal