Masjid Qariah Mahang adalah masjid pertama didirikan dalam Mukim Mahang. Masjid ini terletak di Kg. Bukit Kubur. Memandangkan kawasan masjid tersebut berada di dalam kawasan pendalaman, maka satu keputusan dibuat agar surau yang berada di dalam Pekan Mahang dijadikan Masjid Qariah Mahang, menggantikan Masjid Kg. Bukit Kubur. Kemudian pihak jawatankuasa telah menerima sebidang tanah wakaf dalam kawasan Pekan Mahang untuk dijadikan Masjid. Bagaimanapun pada tahun 1955 bangunan tersebut dengan rasminya digezet sebagai Masjid Jamik Qariah Mahang. Masjid tersebut terdiri dari bangunan papan hasil gotong-royong penduduk kampung.
Pada tahun 1965 pihak kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM25,000 untuk membina Masjid baru. Perasmian dilakukan oleh Tuan Pegawai Daerah Kulim. Pada tahun 1965 pembesaran masjid telah dilakukan dari masa ke semasa mengikut keperluan masjid hingga kini. Pembangunan masjid mengikut perkembangan syiar Islam. Bangunan masjid hari ini dibina hasil kutipan sumbangan orang ramai lebih kurang Rm300,000.
BINAAN
KEMUDAHAN
1. Bilik Jenazah
2. Alat Pandang Dengar
3. Telefon Masjid
4. Telefon Awam
5. Taman Rekreasi
6. Dewan Makan
7. Rumah Imam
8. Rumah Bilal
9. Lampu Antik
10. Air Pancutan
11. Wakaf
12. Bilik Musafir.