Kariah Sedim diwujudkan pada akhir tahun 1930-an dan Tuan Imam Pertama yang dilantik ialah Tuan Haji Saad Bin Ahmad. Kariah Sedim ini melibatkan 6 buah kampung. Masjid Kampung Sedim yang pertama dibina pada tahun 1936 bersamaan 1355 hijrah oleh Haji Mohd Yasin Bin Abdul Mutalib yang merupakan penghulu Mukim Sedim yang pertama sebelum perang dunia ke-2. Penghulu Haji Yasin ini membina masjid bersama-sama penduduk dengan menggunakan kayu-kayu dari hutan. Penghulu Haji Yasin ini juga dekenali sebagai "Tok Ayah 1" dan beliau merupakan pengasas pembukaan kampung Sedim. Beliau juga berkebolehan mentadbir mukim, imam, bomoh dan tukang rumah. Beliau pernah mengubati DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah Sultan Kedah yang ke 25(1882-1943).
Pada tahun 1941 semasa Jepun menyerang Tanah Melayu melalui Siam, pihak Inggeris telah menasihatkan agar baginda bersama kaum kerabat meninggalkan Alor Setar untuk ke Pulau Pinang. Namun tindakan itu tidak dipersetujui oleh YTM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika itu bertugas sebagai Pegawai Daerah Kulim, YTM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah berjaya melencongkan perjalanan rombongan di Raja tersebut dari Kepala Batas, Seberang Perai ke Kulim dan seterusnya ke Kampung Sedim untuk berlindung dari serangan Jepun. Paduka Ayahandanya Tuanku Sultan Kedah telah berkenan bersemayam di rumah kepunyaan Allahyarham Penghulu haji Yasin yang pernah mengubati baginda sebelum ini.
Sebagai mengenang jasa Penghulu Haji Mohd Yasin dan penduduk Kampung Sedim yang menjaga dan melindungi rombongan di Raja pada masa itu, YTM Almarhum Tuanku Abdul Rahaman pada 14 Disember 1979 telah berkenan menamakan Masjid Sedim sebagai Masjid Haji Yasin dan kampung tempat bersemayam rombongan di Raja sebagai Kampung Lindungan Raja.
Pada tahun 1980-an telah dibina sebuah masjid baru bersebelahan dengan masjid lama dengan bantuan peruntukan kerajaan dan sehingga kini bangunan masjid diperbesarkan dengan bantuan kerajaan dan sumbangan orang ramai. Masjid haji yasin kini ditadbir oleh Tuan Imam Haji Yusuf Bin Ibrahim iaitu Imam yang ke-4 (1995 hingga sekarang ).Manakala mukim sedim pula ditadbir oleh penghulu zulkifle bin omar yang merupakan penghulu mukim sedim yang ke-6 (2005- sekarang ).
BINAAN
KEMUDAHAN
1. Dewan Syarahan
2. Bilik Kuliah
3. Pejabat Masjid
4. Bilik Jenazah
5. Telefon Masjid
6. Telefon Awam
7. Tempat Letak Kenderaan
8. Taman Rekreasi
9. Dewan Makan
10. Bilik Mesyuarat
11. Tempat Letak Kasut
12. Bilik Mandi
13. Kemudahan Pencetakan
14. Komputer
15. Rumah Imam
16. Rumah Bilal
17. Rumah Siak
18. Pintu Gerbang
19. Khat
20. Air Pancutan
22. Wakaf
23. Bilik Musafir
24. Pakaian solat