Sejarah awal penubuhan Masjid Sungai Kob bermula seawal tahun 30an abad ke-18 oleh orang-orang Petani diketuai Penghulu Musa, Mereka datang untuk menangkap gajah-gajah liar, dijinakkan dan dijadikan sebagai kenderaan, menarik balak dan mengangkut bahan hutan berulang alik antara Sungai Kob ke Mahang. Majid Jamek Al-Ittihad yang baru ini adalah yang ke-3 dibina diatas tapak asal, diatas lot 1601 ditambah lot 550 dan 551 mukim Karangan, keluasan termasuk tapak perkuburan 8564 2M Per. Lot 550dan 551 bekas tapak sekolah Melayu Sungai Kob. Tarikh mula dibina 12 Disember 1987 siap pada 10 Julai 1989, dengan kos pembinaan berjumlah RM322000.00. Anak -anak kariah mula bersolat Jumaat pada 25/ 12/ 1409H bersamaan 28/ 7/ 1989M, Imam pertama bertugas Tuan Haji Salleh bin Haji Abdullah. Pada 21 Safar 1421H/ 24 Mei 2000, Jam 12.30 tengahari hari khamis masjid ini telagh dirasmikan pembukaannya oleh KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Al Marhum Sultan Badlishah.
BINAAN
KEMUDAHAN
1. Dewan Syarahan
2. Bilik Kuliah
3. Pejabat Masjid
4. Papan Tanda Masjid
5. Papan Kenyataan
6. Tempat Letak Kenderaan
7. Dewan Makan
8. Stor/dapur
9. Bilik Mesyuarat
10. Tandas
11. Bilik Mandi
12. Komputer
13. Tempat Wuduk
14. Khat
15. Permaidani
16. Papan Tanda Waktu Solat
17. Pakaian Solat
17. Pakaian Solat
18. Dewan Syarahan