DARUL ULUM MERBAU PULAS

MERBAU PULAS KUALA KETIL KEDAH
KEDAH
0206015
01/01/1969

SEJARAH

Mengikut cerita orang tua-tua, masjid ini mula dibina pada sekitar awal tahun 1930 an. Struktur binaan keseluruhannya daripada kayu yang ditebang daripada pokok-pokok besar seperti pokok merbau dan diproses untuk dijadikan tiang dan papan secara tradisional iaitu menggunakan kapak dan gergaji. Diceritakan bahawa pengasas dan imam pertama ini ialah Lebai Husin @ Lebai Chin ( 1930-an - 1940-an ) diikuti Lebai Salleh (1940-an), Awang Mat Saman ( 1950-an ), Lebai Salleh ( 1960-an ), Tuan Haji Jusoh bin Edin ( 1970-an - 1990-an ) dan terkini Tuan Haji Mat Saud bin Mat Ludin ( 1998 sehingga kini ). Pada tahu 1965 masjid ini telah bertukar wajah apabila dibina semula dengan menggunakan batu bata sepenuhnya dan diubah suai dari masa ke semasa sehinggalah bangunan yang kelihatan sekarang, walaubagaimana pun masjid ini tidak dapat menampung jamaah yang ramai khususnya pada hari-hari perayaan seperti hari raya aidil fitri, aidil adha, perayaan maulud dan sebagainya kerana keluasan ruang solat hanya dapat menampung seramai lebih kurang 450 jamaah sahaja pada satu-satu masa. sekian.

BINAAN

KEMUDAHAN

1. Pakaian solat 2. Papan tanda waktu solat 3. Permaidani 4. Bilik Kuliah 5. Pejabat masjid 6. Bilik jenazah 7. Papan Iklan 8. Dewan makan 9. Stor/dapur 10. Tempat letak kasut 11. Tandas 12. Bilik mandi 13. Kemudahan pencetakan 14. Komputer 15. Tempat wuduk

PETA