Masjid An-Najah Kariah Padang Serai mula didirikan pada tahun 1985 yang di biayai oleh kerajaan. Masjid ini terletak di pekan Padang Serai Kedah. Mula digunakan pada tahun 1986. Sebelum masjid ini digunakan jemaah menggunakan Masjid Nagore yang diasaskan oleh orang Indi Muslim. Imam pertama Tuan Haji Ismail bin Haji Salleh, beliau bersara pada tahun 2010. Kemudian Imam yang baru dilantik Ustaz Haji Mohd Kamil bin Haji Mahthir mula bertuga pada bulan September 2010 sehingga sekarang.
Masjid An-Najah ini mendapat perhatian bukan sahaja dikalangan jemaah tetapi jemaah dari luar kawasan mahupun yang jauh kerana masjid ini merupakan pust ilmu yang terkenal. Pengimarahan masjid An-Najah berterusan hingga hari ini. Pihak Jawatankuasa mesjid telah berusaha menyusun program-program bagi setiap peringkat umur serta menaik taraf prasarana masjid dan keceriaannya.
BINAAN
KEMUDAHAN
1. Dewan Syarahan
2. Bilik Kuliah
3. Pejabat Masjid
4. Alat Pandang Dengar
5. Papan Tanda Masjid
6. Telefon Masjid
7. Telefon awam
8. Papan Tanda Iklan
9. Tempat Letak Kenderaan
10. Taman Rekreasi
11. Dewan Makan
12. Stor/Dapur
13. Bilik Mesyuarat
14. Bilik Mandi
15. Kemudahan Pencetakan
16. Komputer
17. Tempat Wuduk
18. Pintu Gerbang
19. Khat Hiasan
20. Permaidani
13.Papan Tanda Waktu Solat
14.Wakaf
15.Bilik Musafir
16.Pakaian Solat