Sebelum penubuhan Masjid Kampung Dalam Wang iaitu pada tahun 1935, penduduk kampung ini mengerjakan solat lima waktu secara berjemaah di Masjid Kampung Sungai Limau dan di Masjid Pulai.
Setahun kemudian iaitu tahun 1963, semua penduduk kampung menjalankan aktiviti gotong-royong mendirikan sebuah masjid hasil persetujuan penduduk kampung untuk menerima derma sebuah rumah kepunyaan Abd Rashid bin Mad Arif.
Perasmian masjid ini telah disempurnakan oleh Syed Nahar iaitu Menteri Besar Kedah ketika itu. Kebanyakkan kemudahan di masjid ini adalah hasil daripada penduduk kampung ini sendiri.