Masjid Nurul Huda telah pun berjaya dibina pada tahun 1971 dan kini usianya 45 tahun yang menjadi mercu tanda syiar Islam di dalam kariah Kampung Batu 8 yang terletak dalam Mukim Siong, Daerah Baling, Kedah. Masjid ini terletak di sebelah kanan jalan dan mempunyai jarak lebih kurang 30 km dari pekan Baling. Masjid ini bergandingan dengan tiga orang JKKK yang mewakili suara ahli kariah. Selain itu juga masjid ini mempunyai satu kawasan perkuburan Islam yang terletak di Kampung Teluk Rambung yang berkeluasan 4 relung lebih.