Masjid felda bukit batu yang berada ditapak sedia ada sekarang telah dibina pada tahun 1967,penempatan awal peneroka pada bulan September 1964 telah membina masjid sementara dilokasi lot tepi (conner lot)tapak perumahan guru sekolah kebangsaan felda bukit batu yang ada sekarang.pembinaan masjid sementara telah dibina secara gotong royong oleh kumpulan peneroka peringkat satu,yang telah dijalankan pada oktober 1964 menggunakan bahan-bahan binaan lebihan dari pembinaan rumah peneroka peringkt satu.imam pertama bertugas bagi masjid felda bukit batu ialah ahmad bin arifin peneroka peringkat 01,felda bukit batu.
BINAAN
pembinaan bangunan masjid telah dilaksanakan pada tahun 1998,dengan dana berjumlah rm35,000.00 dari peruntukan kerajaan diatas tapak Tanah seluas 1.5 ekar yang diwakaf oleh pihak felda sebagai tapak bangunan masjid.pengubahsuaian dan menaiktaraf bangunan masjid telah dilakukan pada tahun 1985 dengan peruntukan kerjaan sebanyak rm80,000.00,dengan kapasiti Jemaah pada sat masa seramao 300 Jemaah.pada bulan disember 2002 kerja ubahasuai pembesaran masajid tealah dilaksanakan dan siap pada bulan ogos 2003,dengan dana yang berjumlah rm113,000.00 dari peruntukan jabatan agama Johor rm25,000.00;kerajaan Johor melalui exco hj adam bin hamis rm75,000.00 dan sumbangan penduduk felda bukit batu rm13,700.00 dengan jumlah semua rm113,700.00.
KEMUDAHAN
dewan solat utama yang memuatkan 1,000 Jemaah pada suatu masa;ruang solat wanita untuk 30 Jemaah diatu mas;mehrab dan minbar;bilik imam dan bilal;menara masjid;garaj utama untuk 10 kenderaan pada stu masa;sebuah van jenazah;setor simpanan barang;sebuat pentas mini diruang letak kereta dan lapangan letak kereta.