MASJID KG MAKAM

81900 KOTA TINGGI
JOHOR
0104085
01/01/1970

SEJARAH

Masjid Sultanah Rogaiyah atau dikenali sebagai Masjid Kampung Makam telah didirikan pada tahun 1916 Masihi. Pembinaannya bagi menggantikan masjid lama yang diperbuat daripada kayu yang sudah uzur. Setelah masjid tersebut digunakan selama 46 tahun, ia dirobohkan pada tahun 1970 Masihi dan digantikan pula dengan Masjid Jamek Kota Tinggi yang bertempat di Jalan Lombong, Kampung Jawa. Namun kedudukan masjid ini agak jauh daripada Kampung Makam. Oleh itu penduduk Kampung Makam ketika itu telah membuat permohonan kepada Mufti Kerajaan Johor untuk menaik taraf semula surau Sultanah Rogaiyah kepada masjid. Setelah ia diiktiraf semula, satu bangunan tambahan telah dibina menyambung bangunan asal masjid pada tahun 1972 Masihi dan seterusnya diperbesarkan lagi pada tahun 1984 dan 1995 Masihi bagi menampung keperluan jemaah. Masjid ini seterusnya dilengkapi sebuah balai dan pelbagai kelengkapan seperti bilik mesyuarat dan pentadbiran, bilik imam, perpustakaan mini dan setor.

BINAAN

Masjid Sultanah Rogaiyah ini bercirikan reka bentuk tempatan bercampur Arab. Namun reka bentuk asing tidaklah ketara pada masjid ini kerana ia berada di lokasi yang mempunyai nilai-nilai reka bentuk tempatan dan pengaruh istana, terutama makam-makam di sekelilingnya. Sehingga kini masjid ini mendapat perhatian pengunjung dalam dan luar negeri kerana bangunannya yang unik dan lokasinya penuh bersejarah.

KEMUDAHAN

PETA