Bahawa dengan limpah Kurnia Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Iskandar, Sultan bagi negeri dan jajahan Johor telah diadakan istiadat mulai meletak asas binaan masjid ini oleh Yang Amat Mulia Tengku Mahkota Johor Pemangku Raja pada hari Jumaat 23 Safar 1358 Hijrah bersamaan 14 April 1939 Masihi.
Istiadat membuka masjid ini telah diadakan pada hari Jumaat 29 Safar 1360 bersamaan 28 Mac 1941 oleh Yang Berhormat Datuk Haji Abdullah bin Abdul Rahman, Yang Dipertua Jabatan Agama Johor dan Yang Berhormat Yang Mulia Syed Alwee bin Tahir Al-Hadad, Mufti Johor.
BINAAN
Pembinaan Masjid Bandar Kluang adalah sepenuhnya dari sumbangan Sultan Johor sebanyak $89,000.00 .