MASJID PASIR PELANGI

JALAN PASIR PELANGI
JOHOR
0102109
01/01/1970

SEJARAH

Masjid Jamek Pasir Pelangi telah dibina pada tahun 1911 Masihi. Masjid ini turut dikenali juga sebagai Masjid Diraja dan lokasinya terletak di dalam kawasan kaum kerabat Sultan Johor. Pembinaannya adalah atas titah Sultan Johor yang memerintah ketika itu. Kerja-kerja membina masjid ini pernah tertangguh buat seketika berikutan kekurangan tenaga buruh sehinggalah ia diambil alih oleh seorang kontraktor Singapura yang menggunakan tenaga banduan sebagai buruh binaan. Pada tahun 1988 Masihi, masjid ini telah diperbesarkan supaya dapat menampung bilangan jemaah yang kian bertambah. Kini masjid ini dapat menampung seramai lebih kurang 1,500 jemaah pada satu-satu masa. Kos penyelenggaraan masjid ini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Johor.

BINAAN

Reka bentuk masjid ini hasil ilham Mejar Lomak yang pernah menjadi pengiring sultan yang kerap mengikut sultan keluar negara. Kontraktor pembinaannya pula adalah seorang warganegara Singapura bernama Onn Koon. Secara umumnya, reka bentuk masjid ini dipengaruhi oleh seni bina neo-klasik yang boleh dilihat pada pelan dan tampak luar bangunan yang berbentuk simetri. Ciri-ciri reka bentuk neo-klasik ini kemudiannya disesuaikan mengikut kegunaan dan fungsi sebuah masjid. Seperti seni bina Islam yang lain, bangunan ini juga terdiri daripada rangkaian gerbang-gerbang kecil jenis segmental di koridor, mimbar dan anjung kereta mengukuhkan lagi reka bentuk Islam pada sebuah masjid. Namun secara keseluruhan bahagian luar dan dalam masjid menampilkan reka bentuk pengaruh Inggeris. Jika dibandingkan dengan Masjid Sultan Abu Bakar, Masjid Pasir Pelangi hanya mempunyai satu menara yang turut menjadi pintu gerbang masuk utama ke masjid ini.

KEMUDAHAN

PETA