Fungsi Bahagian Kemajuan Islam

 
Bahagian ini berfungsi menguruskan hal-hal berikut:

i.   Kemajuan masjid seluruh Malaysia melalui aplikasi Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM).


ii.  Pengimarahan masjid termasuk menyediakan garis panduan, kurikulum takmir, pemantauan dan pembayaran imbuhan bulanan kepada imam dan guru takmir seluruh negara.


iii.  Pengurusan KAFA seluruh negara termasuk menyediakan garis panduan, kurikulum, penaziran dan pembayaran imbuhan bulanan kepada guru dan penyelia KAFA serta menyelia urusan peperiksaan UPKK.

iv.  Penyelarasan sekolah agama seluruh negara meliputi Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Negeri termasuk pendidikan rendah dan menengah.

v.    Menjadi urusetia mesyuarat utama MKI, LEPAI dan UIM.

Bahagian Kemajuan Islam
Blok B, Aras 5,
Kompleks Islam Putrajaya,
Presint 3, Jalan Tunku Abdul Rahman,
62300, W.P PUTRAJAYA,
MALAYSIA