MMY-16-WPJ-00002S Masjid Malaysia
MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN


Kod : MY-16-WPJ-00002
latitud : 2.91934
longitud : 101.680875
Jadual Waktu Solat Hari Ini
Imsak : 5:41 Subuh : 5:51
Syuruk : 7:11 Zohor : 13:23
Asar : 16:45 Maghrib : 19:30
Isyak : 20:44
ZON : Putrajaya

 

AKTIVITI/PROGRAM SEMASA

Tauhid minggu: 2(Ahad) - 5:30pm hingga 5:30pm
Daerah : WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
Alamat : NO 25 JALAN TUNKU ABD RAHMAN
PRSEINT 3
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
PUTRAJAYA
Sejarah :
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin muncul sebagai satu mercu tanda baru di Putrajaya. Masjid ini mula dibina oleh Perbadanan Putrajaya pada tahun 2004 Masihi di satu kawasan seluas 4.04 hektar berhampiran Tasik Putrajaya di Presint 3, Putrajaya dan siap pada bulan September 2009 Masihi.

Masjid yang berkonsepkan kontemporari dan reka bentuk moden
ini dibina menggunakan 70 peratus (kira-kira 6,000 tan) besi keluli.
Bahan konkrit hanya digunakan untuk membina ruang letak kereta dan
laluan pejalan kaki yang terletak bersebelahan masjid. Selebihnya ialah
kawasan lantai jubin, keemasan arkitektural luaran besi tahan karat,
aluminium, crystalised glass, grannite, dan spray grannite.ILHAM PENUBUHANNYA JUGA ADALAH DARIPADA PUCUK PIMPINAN NEGARA YANG SENTIASA MENGAMBIL BERAT BERKAITAN HAL EHWAL AGAM ISLAM.
Binaan : Reka bentuknya tanpa dinding BERKONSEPKAN AGIN , TELUS, SEDERHANA dengan skrin
masyrabiyah separa tertutup. Skrin masyrabiyah di sekeliling dewan solat
utama ini terdiri daripada bahan besi tahan karat, iaitu jenis lattice dan
architectural metallic waiving screen yang membenarkan laluan udara
secara terus dari tasik di sekeliling masuk ke dalam masjid.

Anyaman masyrabiyah yang diimport khas dari Jerman itu merupakan
jenis skrin yang sama digunakan di Stadium Bernabeu, iaitu stadium bola
sepak pasukan Real Madrid, dan juga pada ruang meletak buku setinggi
20 tingkat di Perpustakaan Negara di Paris serta di sebuah ruang letak
kereta di Barcelona.

Reka bentuk masjid ini berkonsepkan “airy, light and transparent”.
Walaupun besi keluli menjadi bahan utama, namun ia hanya untuk
membina kerangka masjid. Setiap tiang dikemaskan dengan bahan telus
cahaya, iaitu crystalized glass yang menyerlahkan masjid ini kelihatan
berwarna putih jika dilihat dari jauh. Pada sebelah malam, simbahan
cahaya lampu menambahkan lagi keindahannya.

Kubahnya diperbuat daripada besi tahan karat, dan bahagian tepi bumbungnya sepanjang 13 meter pula mampu mengelakkan jemaah yang bersolat di luar dewan solat utama terkena tempias hujan.

Ketinggian siling di ruang dewan solat utama ialah 30 meter dari aras lantai. Dewan solat masjid ini tidak disediakan kipas atau pendingin hawa. Walau bagaimanapun, suasana damai dan nyaman masih dirasa, kerana angin sejuk dihasilkan melalui dinding yang mempunyai saliran air dari air kolam bertingkat mengelilingi bangunan. Saliran itu ditambah dengan penggunaan teknologi gas penyejukan udara yang memberi keselesaan kepada para jemaah dan pengunjung yang datang ke masjid ini.

Kaligrafi nama-nama Allah diukir indah di kiri dan kanan dinding dewan utama serta di ruang laman sahn sebelum sampai ke ruang solat utama. Ia bagi menyambut kedatangan pengunjung di pintu gerbang konkrit yang dibina menggunakan glass reinforce concrete (GRC).
Pada dinding mihrabnya pula terdapat tulisan ayat-ayat suci al-Quran daripada Surah al-Baqarah dan Surah Ibrahim yang dilakar pada panel kaca diimport khas dari Jerman setinggi 13 meter.
Kemudahan : Selain kompleks masjid yang berkapasiti 12,000 jemaah di dewan solat utama dan 8,000 di ruangan sahn, ia turut dilengkapi pelbagai kemudahan lain termasuk tiga unit kuarters dua tingkat, 10 unit kedai serta dewan serbaguna berkapasiti 250 orang. Bilik jenazah, ruang pejabat, bilik kawalan televisyen dan radio serta 620 petak letak kereta dan 100 petak letak motosikal turut disediakan bagi kemudahan pengunjung.

Pengunjung juga pasti teruja apabila melalui Laluan Kiblat (Kiblat
Walk) yang menghubungkan Kompleks Perbadanan Putrajaya dengan
masjid. Ia berkeluasan 13,639 meter persegi, memudahkan kakitangan
di pejabat-pejabat yang berdekatan berjalan kaki ke masjid untuk
menunaikan ibadah.

Masjid bertaraf dunia yang menggabungkan kesenian Jerman dan
CHina ini bernilai kira-kira RM200 juta. Ia telah diserah secara rasmi oleh
Perbadanan Putrajaya kepada Jakim untuk diurustadbir pada 20 Ogos
2009 Masihi bersamaan 29 Sya’ban 1430H. Tarikh itu juga terpahat satu
sejarah apabila ia mula digunakan dengan Solat Asar berjemaah yang
diimamkan oleh Imam Besarnya, Ustaz Haji Mohd Ali Sarbini. Sembahyang
lima waktu dan sembahyang Tarawih bermula pada 21 Ogos 2009 Masihi
manakala solat Jumaat mula didirikan pada 4 September 2009 Masihi.
Istimewa : Pembinaan masjid ini menggunakan kepakaran anak tempatan sepenuhnya. Kumpulan Seni Reka Sdn. Bhd. yang diketuai oleh YBHG. Ir. Nik Arshad Nik Mohamed telah diberi mandat untuk menyediakan pelan pembangunannya, manakala kerja-kerja menyiapkan pembinaannya dilaksanakan oleh kontraktor Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB).

KEMUDAHAN LOT-LOT KEDAI, TEMPAT MAKAN YANG SELESA,BILIK JENAZAH YANG MUDAH UNTUK AHLI KELUARGA, DEWAN UTAMA YANG BOLEH MEMUATKAN KIRA-KIRA 300 PESERTA DALAM SATU MASA SERTA BERHAWA DINGIN, RUANGAN PARKIR YANG AMAT SELESA UNTUK SEMUA JEMAAH.bEGITU JUGA KAMI TURUT MENYEDIAKAN PLAYGROUND KANAK-KANAK SATU LEVEL DENGAN RUANGAN SOLAT UTAMA BAGI MEMUDAHKAN IBU BAPA MENGERJAKAN IBADAH.

MANAKALA KONSEP PROGRAM MASJID INI ADALAH LEBIH MESRA JEMAAH DAN MELIPUTI SEMUA GENERASI DALAM MERANCANG DAN MERANGKA AKTIVITINYA.

MANAKALA DARI SEGI AKSES MEDIA BARU PULA, PARA PENGUJUNG BOLEH MELAYARI WWW.MASJIDTUANKUMIZAN.GOV.MY, FANPAGE DAN TELEGRAM KAMI MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN.
Lokasi : LOKASI MASJID INI TERLETAK DI KAWASAN PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PRESINT 3 PUTRAJAYA.IANYA TERLETAK BERHAMPIRAN DENGAN BANGUNAN PERBADANAN PUTRAJAYA DAN PALACE JUSTICE.BAGI PENGUNJUNG YANG INGIN KE MASJID INI BOLEH MELALUI KAPAL TERBANG, KENDERAAN AWAM, DAN LAIN -LAIN KENDERAAN. BAGI YANG MELALUI PENGANKUTAN UDARA PENGUNJUNG BOLEH MELALUI KLIA DAN KLIA 2 DAN TERUS MENAIKI ERL KE PUTRAJAYA CENTRAL.MANAKALA BAGI PENGANGKUTAN AWAM PULA IALAH BOLEH MENAIKI TEKSI DAN BAS NADI PUTRA UNTUK MENUJU KE MASJID INI.
Rasmi : ydp agong AL-WATHIQU BILLAH, TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI ALMARHUM SULTAN MAH
Kapasiti :  
Keluasan : 4.04
MAP :


Statistik