MMY-03-KB-00001S Masjid Malaysia
MASJID MUHAMMADI


Kod : MY-03-KB-00001
latitud : 6.132222
longitud : 102.236733
Jadual Waktu Solat Hari Ini
Imsak : 5.38 Subuh : 5.48
Syuruk : 7.00 Zohor : 13:05
Asar : 16:16 Maghrib : 19:06
Isyak : 20:11
ZON : K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

 

AKTIVITI/PROGRAM SEMASA

Tiada Maklumat
Daerah : KOTA BHARU
Alamat : DAERAH KOTA BHARU-BANDAR, 15000 KOTA BHARU, KELANTAN.
Sejarah :
Masjid Muhammadi merupakan masjid yang terkenal di Malaysia secara amnya, dan secara khususnya di Kelantan. Ia merupakan Masjid Negeri dan terletak di Kota Bharu. Nama Masjid Muhammadi diambil sempena nama Sultan Muhammad ke IV yang sangat berjasa kepada Negeri Kelantan. Ia juga dipanggil sebagai "Masjid Besar" di kalangan sesetengah rakyat Kelantan.

Pada asalnya masjid ini diberi nama sebagai Masjid Besar Kota Bharu. Masjid ini telah dibina pada tahun 1867 pada zaman pemerintahanSultan Muhammad II (1830 - 1886) dengan menggunakan kayu-kayu yang terpilih. Pengubahsuaian bangunan masjid daripada kayu kepada struktur konkrit telah dilakukan pada tahun 1922 dan telah dirasmikan oleh KDYMM Baginda Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV pada 31 Julai 1931, dan dinamakan sebagai Masjid Muhammadi.

Masjid ini mengalami kerja-kerja pengubahsuaian dan pembesaran pada tahun 1959, 1968, 1976 dan 1987. Luas keseluruhan masjid kini adalah 10,600 kaki persegi dan boleh memuatkan seramai 2,400 orang ahli jemaah.

Peranan Masjid Muhammadi di dalam penyebaran dan pendidikan Islam di Kelantan amatlah istimewa. Di sinilah beberapa ulama besar Negeri Kelantan telah mengajar pelbagai ilmu agama. Di antaranya ialah Tuan Taba (1840-1891), Haji Wan Ali Kutan (1837-1912) dan Tok Kenali (1868-1933). Sistem pengajaran di masjid ini mempunyai persamaan dengan pengajaran di Masjidil Haram, Makkah di mana pelajar akan ke Makkah untuk menyambung pelajaran mereka setelah tamat pengajian di masjid ini.

Masjid ini menjadi pusat penyebaran ilmu agama yang masyhur di Nusantara sehingga Kelantan dikenali sebagai "Serambi Mekah".
Binaan : Masjid ini mempunyai satu menara dan satu kubah. Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah. Masjid ini mempunyai 2 aras ruang solat. Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa dan diperbuat daripada batu marmar. Di dinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah Allah dan juga ayat-ayat suci a-Quran. Dari segi binaan masjid, ia berbentuk segiempat dan menggunakan simen secara keseluruhannya. Dinding masjid ini mempunyai keunikannya yang tersendiri di mana terdapat lubang`sisip angin’ di bahagian dinding belakang ruang solat yang dapat melancarkan ruang perudaraan masjid.



Kemudahan : Masjid ini mempunyai kemudahan asas seperti stor penyimpanan, tempat wuduk bagi lelaki dan perempuan serta tempat meletak kenderaan berbumbung dan terbuka yang boleh memuatkan sebanyak 10 kenderaan dalam satu-satu masa.









Istimewa : Pelbagai aktiviti kegamaan dan kemsyarakatan diadakan di masjid ini untuk menghidupkan masjid ini sebagai pusat kemajuan ummah islamiah.Di samping itu,ceramah agama akan diadakan lebih kurang tiga kali seminggu dengan menjemput para penceramah yang mahir tentang agama.Masjid ini memiliki beduk besar.




Lokasi : Masjid ini berada di dalam kawasan kampung. Lokasi masjid ini ialah berada di tengah-tengah bandar Kota Bharu.




Rasmi :
Kapasiti :  
Keluasan : 0.50
MAP :


Statistik